Perkembangan digitalisasi yang cukup pesat pada hari ini telah menghasilkan pelbagi produk yang boleh dimanfaatkan dalam pelbagai industri. Sudah tentu kita biasa dengar dengan sistem tempat letak kereta pintar, pembayaran cashless dan lain-lain lagi di dalam kehidupan seharian.

Pada hari ini dilihat inovasi ini sudah diperluaskan sehingga ke bahagian tandas juga oleh sesetengah firma digital. Sunway Pyramid kini menjadi pusat membeli belah pertama di Malaysia yang dilengkapi sistem Internet of Toilet (IoT) bagi pengurusan yang lebih efisien.

Sumber Gambar: NST

Bagi menjayakan tandas pintar tersebut, pihak Sunway Pyramid telah berkerjasama dengan firma Rigel Technology dari Singapura yang sekaligus menjadikan sebagai sistem tandas pintar pertama yang digunakan di Malaysia setakat ini. Terdapat pelbagai sensor di tandas tersebut untuk mengesan tisu tandas, kuantiti sabun, kelembapan suhu dan sebagainya.

Bahkan, hadir juga sensor yang boleh mengesan kewujudan ammonia untuk mencegah bau busuk di bilik air. Maklumat yang dikumpul akan dihantar ke pelayan awan yang boleh diakses melalui platform web dan aplikasi pintar mudah alih untuk memudahkan pengurusan dan penjejakan.

Sumber Gambar: dboystudio

Dari maklumat yang terkumpul, pihak pengurusan boleh mengetahui sebarang kerosakan atau memerlukan pembersihan pada bilik tandas dapat dilakukan dengan lebih efisien dan pantas. Ini merupakan salah satu inisiatif yang boleh diadaptasi dengan lebih meluas di tempat lain juga bagi memberikan keselesaan sewaktu diguna oleh pengunjung.

Sementara di Singapura, negara berkenaan telah disenaraikan tempat keempat di dunia negara paling bersedia untuk pengangkutan swapandu.

Singapura Muncul Tempat Keempat Dunia Sebagai Negara Paling Bersedia Untuk Pengangkutan Swapandu

Apple Dijangka Memperkenalkan Kereta Elektrik Dengan Sistem Swapandu Seawal Tahun 2025